page hit counter

[GAMBAR] Zara Zya Dilamar Hafreez Adam Dengan Sebentuk Cincin!

Pelakon Zara Zya telah memuatnaik gambar kekasihnya, pelakon Hafreez Adam, memberikannya sebentuk cincin dan ia menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat dan ramai teman selebriti dan peminat mengucapkan tahniah pada ruangan komen laman sosialnya, menguatkan lagi andaian aktres itu sudah dilamar pelakon terbabit.

 

Zara bagaimanapun menjelaskan bahawa cincin daripada kekasihnya itu adalah hadiah sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

“Dia bukan melamar, sebaliknya cincin itu adalah hadiah hari jadi. Saya sendiri teruja dengan sambutan romantis sempena ulang tahun pada tahun ini.

“Saya tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa kerana hari jadi saya sudah lama berlalu. Terima kasih diucapkan kepada Hafreez yang merancang sesuatu yang indah buat saya.

“Semestinya wanita mengimpikan sesuatu yang romantik sebegini. Sekiranya ada berita baik untuk dikongsikan, pasti saya akan maklumkan kepada semua,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Untuk makluman, Zara dan Hafreez mula akrab ketika sama-sama membintangi drama rantaian ‘Mona Lisa’. Hangat.com mendoakan agar pasangan ini cepat-cepat diijab kabul, perkara baik patut dicepatkan.

Sumber : hangat.com