• Jam Buka Toko: 10.00 s/d 18.00
  • Status Order
  • SMS/WA: 081388880446
  • cso@tasmodes.com
Terpopuler:

Netizen Minta Tauke Jambu Padam Video Isteri Selepas Bersalin

03 November 2018 - Kategori Blog

Tahniah diucapkan buat pelakon dan pelawak Tauke Jambu yang menimang cahaya mata sulungnya pada malam Jumaat lalu. Berita gembira itu dikongsi Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 41 menerusi Instagram nya.

Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan

Tauke turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anak dan isterinya yang mesra disapa sebagai Nadia, selepas selamat melahirkan cahaya mata perempuan mereka di Hospital Serdang pada 8.28 malam, Jumaat.

“Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT… Isteri @nadiayaya6 selamat melahirkan anak perempuan. Di Hospital Serdang tepat 8.28 malam… Terima kasih kepada yang mendoakan,”

Di kesempatan itu, Tauke turut berkongsi kegembiraan tersebut dengan memuat naik video wajah bayi sulungnya yang dipeluk isterinya sebaik sahaja selesai proses bersalin.

Netizen Minta Tauke Padam Video

Dalam perkembangan lain, video yang dikongsi tersebut turut mendapat reaksi lain dari netizen. Mencecah lebih dari 360,000 tontonan, bagaimanapun terdapat segelintir netizen meminta Tauke untuk memadam video tersebut seperti memperlihatkan aurat isterinya.

Barangkali Tauke hanya ingin berkongsi kegembiraan tersebut tanpa menyedari muatnaik video tersebut seperti agak sensitif. Tauke dan Nadia telah mendirikan rumahtangga pada 9 Disember tahun lalu. Taniah buat Tauke dan keluarga!

Sumber : hangat.com

Comments are closed.