• Jam Buka Toko: 10.00 s/d 18.00
  • Status Order
  • SMS/WA: 081388880446
  • cso@tasmodes.com
Terpopuler:

Raja Ilya Kongsi Khabar Gembira Sudah Jadi Tunangan Orang

02 November 2018 - Kategori Blog

Satu lagi khabar gembira untuk dikongsi buat para peminat. Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad telah memuat naik gambar cincin di Instagram sebagai tanda bahawa dia kini menjadi tunang kepada seorang jejaka yang bertuah.

Raja Ilya Ucap Terima Kasih Atas Doa

Dalam muatnaik tersebut, Ilya juga telah mengatakan ‘Ya’ di atas lamaran yang diterima serta turut mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa daripada peminat, rakan media dan juga selebriti yang dikenalinya. Terdahulu, Ilya telah mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki warganegara Australia pada November tahun depan.

Peminat Banjiri Dengan Ucapan Tahniah

Sejurus memuat naik gambar tersebut, peminat-peminat turut membanjiri ruangan komen pelakon itu dengan ucapan tahniah serta turut mendoakan agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

Rasanya ramai yang ingin mengetahui siapakah jejaka bertuah berkenaan bukan? Kami pasti Ilya akan kongsikan tidak lama lagi. Tahniah diucapkan!

Sumber : hangat.com

Comments are closed.