• Jam Buka Toko: 10.00 s/d 18.00
  • Status Order
  • SMS/WA: 081388880446
  • cso@tasmodes.com
Terpopuler:

“Saya Sudah Miliki Teman Wanita”

03 November 2018 - Kategori Blog

Pelakon, pengarah serta usahawan Datuk Hans Isaac yang pernah melalui episod putus tunang yang membuatkannya terluka itu nampaknya sudah kembali membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi dan mengakui kini beliau sudah pun mempunyai teman istimewa.

Namun begitu, beliau enggan bercerita panjang dan mendedahkan siapakah gerangan wanita berkenaan yang berjaya bertakhta di hatinya.

Menurut pelakon filem ‘Baik Punya Cilok’ ini lagi, beliau akan mendedahkan siapa pilihan hatinya apabila tiba masanya untuk beliau berkahwin nanti.

“Saya tidak bujang! Saya sudah memiliki teman wanita. Saya tidak akan menipu kepada anda semua. Saya sedang berpacaran dengan seseorang tetapi saya tidak akan bagitahu siapa dia.

“Macam dulu saya dah pernah janji, saya tetap dengan janji saya, kalau saya nak kahwin saya akan bagitahu,” katanya kepada Suria FM.

Hangat.com mendoakan agar Hans serta teman wanita beliau itu dilimpahi dengan kebahagiaan berpanjangan dan siapa tahu mereka ada jodoh bersama? Tapi Hangat.com macam tahu je siapa gerangan teman wanita Hans tu :p

Sumber : hangat.com

Comments are closed.